Langkau ke kandungan

Portal, sistem dan aplikasi kerajaan

Kami membantu kementerian dan agensi membina perkhidmatan digital yang mudah digunakan oleh rakyat, menyelenggaranya selepas pelancaran dan melatih pegawai yang menguruskannya.

Peserta meneliti skrin komputer dalam sesi latihan Joomla bersama Kementerian Kesihatan Malaysia
Latihan Joomla bersama KKMPutrajaya

Perkhidmatan digital untuk agensi kerajaan

Sama ada anda mahu membina perkhidmatan baharu atau menaik taraf sistem lama, kami bantu menyusun skop berdasarkan keperluan pengguna dan panduan Jabatan Digital Negara (JDN) yang berkaitan.

Portal dan laman web kerajaan

Bangunkan atau naik taraf portal rasmi dengan Joomla atau WordPress mengikut skop agensi. Rakyat mudah mencari maklumat dan pasukan anda boleh mengemas kini kandungan sendiri.

Lihat skop portal kerajaan
  • Identiti rasmi. Domain gov.my, jata atau logo yang dibenarkan, dan paparan Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
  • Maklumat mudah dicari. Carian, menu, soalan lazim, maklumat hubungan, aduan dan maklum balas dengan nombor rujukan, peta laman, serta pautan ke MyGovernment dan portal data terbuka.
  • Kandungan agensi. Profil dan direktori yang diluluskan, piagam pelanggan, dasar privasi dan keselamatan, penafian, pengumuman, tender serta bahan muat turun.
  • Urusan dalam talian. Permohonan, semakan, pembayaran dan maklum balas pengguna mengikut fungsi agensi. Chatbot boleh ditambah jika membantu pengguna mendapatkan jawapan.
  • Akses untuk semua. Paparan mesra telefon, navigasi papan kekunci, teks alternatif, kontras yang jelas dan semakan aksesibiliti berpandukan WCAG.
  • Pengurusan selepas pelancaran. Pindah dan arkib kandungan, tetapkan peranan editor dan pelulus, serta sediakan laporan prestasi dan semakan berkaitan SPLaSK.

Pekeliling portal kerajaan Bil. 1/2025

Sistem dan aplikasi web

Digitalkan urusan seperti permohonan, kelulusan, aduan dan laporan. Pegawai boleh melihat status kerja dan menelusuri tindakan yang telah diambil.

Lihat skop pembangunan sistem
  • Keperluan dan reka bentuk. Petakan proses kerja, sediakan spesifikasi keperluan dan reka bentuk, dan semak prototaip dengan pengguna.
  • Data dan integrasi. Rancang pangkalan data, pindahkan dan sahkan data lama, serta sambungkan sistem melalui API. Pertimbangkan MyGDX dan piawaian data kerajaan apabila berkaitan dan diluluskan.
  • Kawalan akses. Tetapkan akses mengikut tugas, log audit dan perlindungan data. Rancang persekitaran pembangunan, ujian dan operasi mengikut dasar agensi.
  • Ujian dan penerimaan. Uji fungsi, integrasi, prestasi dan migrasi mengikut skop. Sokong ujian penerimaan pengguna (UAT), sementara (PAT) dan akhir (FAT) apabila ditetapkan.
  • Serahan. Sediakan dokumentasi, laporan ujian, manual, latihan serta penyerahan kod sumber dan konfigurasi mengikut kontrak.

Panduan pembangunan sistem KRISA

Aplikasi mudah alih

Bina aplikasi untuk rakyat atau pegawai di lapangan, seperti semakan status, notifikasi dan pengumpulan data, dengan paparan yang mudah digunakan pada telefon.

Lihat skop aplikasi mudah alih
  • Pilih saluran yang sesuai. Semak sama ada perkhidmatan lebih sesuai melalui web, aplikasi khusus atau saluran sedia ada seperti MyGOV Malaysia, tertakluk pada keputusan agensi dan JDN.
  • Reka bentuk untuk telefon. Utamakan aksesibiliti dan proses yang ringkas. Pilih Android, iOS atau platform lain mengikut pengguna dan keperluan projek.
  • Privasi dan identiti. Hadkan kebenaran peranti dan data yang dikumpul. Pertimbangkan MyDigital ID untuk pengesahan identiti apabila sesuai dan diluluskan.
  • Ujian pada peranti sebenar. Semak keserasian, prestasi, penggunaan dengan rangkaian lemah dan cara aplikasi memaklumkan pengguna apabila berlaku ralat.
  • Persediaan penerbitan. Sediakan pakej aplikasi, maklumat privasi dan bahan untuk kedai aplikasi. Bantu agensi menyediakan permohonan melalui GAMMA dan merancang kemas kini selepas pelancaran.

Garis panduan GAMMA Bil. 2/2025

Dari perancangan hingga sokongan selepas pelancaran

Kami bincangkan apa yang perlu dibina, cara agensi akan menerimanya, dan siapa yang akan menjaga perkhidmatan selepas ia digunakan.

Skop dan kelulusan teknikal

Kami bantu memperincikan hasil kerja, jadual, kos dan dokumen teknikal. Skop boleh mengambil kira PPrISA, KRISA, panduan spesifikasi perolehan JDN serta keperluan JPICT atau JTISA yang berkenaan. Agensi mengurus permohonan kelulusan melalui saluran rasmi.

Keselamatan dan persediaan SPA

Kami bantu menetapkan kawalan akses, penyulitan, log audit dan pengendalian data mengikut dasar agensi. Untuk Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian dan Sistem ICT (SPA), kami bantu menyediakan dokumentasi dan melaksanakan pembaikan yang dipersetujui. Jika skop memerlukan ujian berlesen atau pengesahan bebas, kami menyokong proses penilaian oleh pihak yang layak.

Penyelenggaraan dan serahan

Kami bantu merancang kemas kini, pemantauan prestasi, sandaran, ujian pemulihan dan tindakan apabila berlaku gangguan. Pasukan agensi menerima panduan operasi dan latihan, dengan tempoh jaminan serta tahap sokongan yang dipersetujui.

Rujukan rasmi untuk merancang projek

Keperluan tepat bergantung pada skop, kategori agensi, jenis data dan dokumen perolehan projek.

Qudrat Academy

Latihan ICT untuk pegawai dan pasukan teknikal

Pilih latihan mengikut tugas peserta. Kami sesuaikan latihan amali untuk editor portal, pegawai ICT, pemilik proses dan pengguna harian supaya mereka boleh terus menggunakan kemahiran itu di tempat kerja.

Pentadbiran portal Joomla dan WordPress

Terbitkan halaman dalam dua bahasa, urus menu, media dan akses pengguna. Amalkan semakan kandungan serta aksesibiliti sebelum terbit.

Pengurusan projek dan ujian sistem

Tulis keperluan pengguna, bina senario ujian penerimaan, rekod isu dan semak dokumen serahan projek.

Operasi dan penyelenggaraan ICT

Latih pasukan menyemak prestasi, merancang kemas kini, menguji pemulihan sandaran dan merekod tindakan apabila sistem terganggu.

Keselamatan siber untuk pegawai

Kenal pasti emel palsu, lindungi akaun, kendalikan maklumat sensitif dan praktikkan cara melaporkan insiden.

Data dan papan pemuka

Bersihkan data latihan, bina paparan laporan dan semak angka sebelum berkongsi dapatan untuk keputusan pengurusan.

AI dan automasi kerja

Gunakan AI untuk tugasan harian dan bina aliran kerja dengan n8n menggunakan data latihan. Semak jawapan AI dan kenal pasti maklumat yang perlu dilindungi.

Beritahu kami peranan dan bilangan peserta, tahap kemahiran, lokasi serta tarikh pilihan. Kami boleh cadangkan modul, tempoh, hasil pembelajaran dan bentuk latihan yang sesuai.

Minta cadangan latihan ICT

Panduan JDN untuk penggunaan AI sektor awam

Tentang Qudrat Digital

Qudrat Digital ialah syarikat teknologi Malaysia yang menyediakan khidmat pembangunan, sokongan teknikal dan latihan ICT.

QUDRAT DIGITAL SDN. BHD.

No. syarikat 202601046767 (1708862-X)

Alamat syarikat
79A, Jalan Nova U5/N Subang Bestari Sek. U5, 40150 Shah Alam, Selangor

Perlukan profil syarikat atau maklumat untuk perolehan? This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Mari bincang projek atau latihan anda

Beritahu kami nama agensi, masalah yang ingin diselesaikan dan jangka masa anda. Ringkasan pendek sudah memadai untuk memulakan perbincangan tentang skop, cadangan atau sebut harga.

Emel tentang projek ICT

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.